Jenis Bedak Asas
- Bedak asas cecair
Bedak asas jenis ini menjadi kegemaran wanita kerana selain senang dipakai, ia turut memberi kesan semulajadi seperti lapisan kulit kedua. Bedak asas ini didatangkan dalam 2 jenis iaitu berasaskan air dan minyak. Sesuai untuk semua jenis kulit
.
- Bedak asas krim
Bedak asas krim sering menjadi pilihan jurusolek kerana memberi liputan yang baik dan senang digunakan. Bedak jenis ini hadir dalam bentuk padat dan batang. Ia juga memberi kesan licin dan tahan lama.
- Bedak asas 2 dalam 1
Bedak asas 2 dalam 1 iaitu bedak dan bedak asas memberikan litupan menyeluruh pada wajah dengan sekali sapuan sahaja. Ia sesuai untuk wanita bekerjaya yang sibuk atau tiada masa bersolek lama.