About Me



Nama aku Linda. Asal dari Melaka. Aku minat sangat bidang kecantikan dan dandanan rambut. Walaupun dah ada Diploma Pengajian Perniagaan dan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian (Kewangan) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), aku masih teruskan cita2 aku sambung belajar kat Kolej Komuniti dengan mengambil Sijil Kecantikan dan Dandanan Rambut. 


  
Kat UiTM, aku sering menyolekkan kawan2 apabila kitoghang ada Majlis Makan Malam. Aku seronok  sekali jika kawan2 mempercayai aku untuk menyonteng muka mereka dengan hasil tangan aku. Pernah sekali tu, aku menyolek muka 4 orang kawan aku serentak. Aku sentiasa menambah ilmu dalam bidang ini dengan mengikuti pelbagai kursus anjuran pihak2 terlibat seperti Jabatan Belia dan Sukan dan Kolej Komuniti.




Selepas menamatkan pengajian di UiTM, aku menyambung pelajaran ku di Kolej Komuniti pula. Walaupun aku pelajar yang paling tua di sana, namun aku tidak lemah semangat dan sentiasa inginkan yang terbaik dalam setiap apa yang aku lakukan. Usaha ku tidak sia2 apabila aku dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Sijil Kecantikan dan Dandanan Rambut semasa Konvokesyen Kolej Komuniti. Aku berasa amat bangga kerana usaha ku selama ini diiktiraf.





Sekarang, aku meneruskan lagi minat ku dalam bidang ini dengan mengambil tempahan menyolek, mendandan rambut dan menerima tempahan hantaran dengan bantuan suami ku yang sangat kreatif. Aku bercita2 untuk membuka perniagaan aku sendiri satu hari nanti. Semoga aku terus berjaya...